Saya Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai cikgu Ali (sebab pernah jadi cikgu bahasa tingkatan 6 sejak 1999 sampai 2007).
Ye, copywriting ni bukan benda mudah. Saya sendiri mula buat bisnes online sejak 2010 lagi menghadapi cabaran nak buat copywriting ni.
Banyak buku dan ebook pasal copywriting saya beli, semata-mata pandai dalam bab copywriting. Tak cukup dengan itu saya juga pergi ke kelas-kelas untuk belajar lebih dekat.
Nak kata pandai lepas tu tak juga. Buat ayat iklan gitu-gitu boleh lah. Tapi saya rasa masih ada yang kurang.Bukan ebook dan buku tu tak bagus. Bukan juga kelas dan sifu tempat saya belajar tu tak bagus…
Belajar dah, tapi waktu apply semuanya ke laut.
Tapi saya tak putus asa…
Saya cuba dan terus cuba hasilkan ayat-ayat iklan.
Daripada iklan yang krik-krik sampailah iklan dapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli produk yang dijual.
Daripada iklan untuk facebook ad sampailah kepada surat jualan.
Kalau dikira sejak 2010 sampai sekarang dah lebih 10,000 ayat iklan dah saya hasilkan.
Bukan itu sahaja, formula penulisan iklan ini juga saya kongsikan kepada peserta-peserta yang ingin belajar copywriting.
Alhamdulillah, hasil yang mereka dapat sangat memberansangkan. Bukan sekadar mereka dah mampu menulis ayat iklan tapi ayat iklan yang mereka hasilkan telah membantu mereka meningkatkan jualan.
KITAB COPYWRITING merupakan panduan langkah demi langkah yang mudah untuk orang baru mempelajari ilmu copywriting.
Kitab ini merupakan himpunan formula demi formula copywriting yang saya sendiri guna dari dulu sampai sekarang.
Asalnya formula ini saya gunakan untuk mengajar peserta coaching saya.
Akhirnya formula-formula ini saya kumpul dalam satu ebook dan terhasillah KITAB COPYWRITING ini.
Setiap bab dan topik disusun ikut proses menulis iklan itu sendiri. Anda hanya perlu follow bab awal hingga akhir insyallah akan mahir teknik menghasilkan iklan yang baik. Menggunakan bahasa
Saya gunakan bahasa yang biasa kita gunakan. Anda baca kitab ini akan rasa macam saya bercakap dengan anda je. Tiada istilah pelik-pelik dan susah nak faham.
Setiap topik dan langkah disertakan dengan contoh-contoh sebenarnya. Ia membantu anda lebih mudah faham tentang ilmu yang disampaikan.
Setiap topik akan diberikan aktiviti supaya anda terus dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
Paparan kitab ini telah diselaraskan supaya ia mudah dibaca melalui handphone. Jadi anda boleh baca di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda perlukan. Kalau nak print pun boleh juga.
Kitab ini tidak membosankan anda sebab latarnya diberikan warna yang menarik dan menjadikan anda rasa segar sewaktu membacanya.
Proses menghasilkan ayat iklan langkah demi langkah
Kitab ini akan menunjukkan anda proses awal hingga akhir untuk menghasilkan ayat iklan. Kebanyakan panduan dan kelas hanya ajar cara menulis ayat iklan tapi ada perkara yang perlu dilakukan sebelum menulis tidak disentuh. Dalam kitab ini akan akan belajar semua proses tersebut secara detail termasuklah sebelum dan juga selepas menulis. Senang cerita anda tahu bagaimana cara mereka yang pro menghasilkan ayat iklan. Cara mudah
Cara mudah untuk mendapatkan idea membuat iklan
Ini adalah antara masalah utama orang nak buat ayat iklan. Kitab ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana sebenarnya kita boleh mendapatkan idea untuk buat iklan dengan mudah. Lepas ni tak perlu lah anda menunggu ilham lagi dan boleh menghasilkan iklan yang bagus pada bila-bila masa yang anda mahu.
Cara menyusun ayat iklan yang bagus
Apa nak tulis dulu, apa yang kemudian? Macam mana nak susun? Semua persoalan ini akan dijawab langkah demi langkah dalam kitab ini. Anda follow sahaja step dan aktiviti yang disediakan pasti anda akan dapat cara menyusun iklan dengan mudah.
Jenis atau format iklan yang berbeza
Ada 4 jenis ayat iklan diterangkan dalam kitab ini dan cara menulisnya. Ini termasuklah iklan direct, story telling, content dan surat jualan. Anda akan belajar cara menghasilkan keempat-empat format atau jenis iklan ini dengan step-step yang mudah. Lepas ni boleh lah anda pun jadi copywriter yang pro.
Tips penting untuk menghasilkan ayat iklan yang berkesan
Turut terdapat dalam kitab ini ialah beberapa tips penting dan berguna untuk menjadikan iklan anda lebih POWERFUL. Dengan menggunakan tips ini anda akan hasilkan ayat iklan yang bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberikan kesan kepada pelanggan sampai mereka rasa nak beli.
NUR
Sebelum baca panduan tuan…saya susah utk reka ayat iklan. Maksudnya surat jualan.. Agak kabur dan tidak ada panduan yang nak dirujuk. Saya belum ada rezki masuk kelas copywriting. Jadi sebelum ini buat iklan tidak ada idea yang jelas. Selepas rujuk pada panduan tuan…ada guideline yang senang utk org newbie seperti saya buat surat jualan, kerana ada garis panduan yang mudah difahami oleh orang biasa seperti saya . Cuma saya perlu lebih latihan selepas ini.
HAMIMI
Sangat membantu..bukan je untuk beginner tapi saya yang dah lama buat surat jualan ni pun rasa agak WOW…!Kita tau nak tulis mana dulu…step by step di ajar dalam panduan..Banyak jugaklah perkara penting yang tertinggal..Kali ni tiap kali nak buat web jualan saya akan rujuk panduan cikgu Ali. Walaupun nampak simple tapi sebenarnya ni ilmu agak advance bagi saya…
NORHISYAM
Panduan Menulis itu memudahkan saya menyusun semula copywriting yang betul supaya prospek dapat faham mesej yang saya nak sampaikan.Tak perlu pening kepala nak buat ayat-ayat canggih. Hanya ikut panduan tu step by step, dah siap Surat Jualan.Tanpa ada basic knowledge copywriting pun masih boleh buat Surat Jualan yang efektif dan betul. Terima kasih cikgu atas Panduan ini.
IDAYU
Tuan, jujurnya panduan ini membantu saya mengarang ayat cara mudah. Bullet yang jenis straight, nak kata orang lemah marketing buat ayat marketing, ebook ni teramat sesuai Saya dah nampak plan nak buat ayat. Panduan ini guide saya sampai saya pandai. Ia sangat membantu.
FITRI
So far, panduan yang sangat MUDAH diikut and sebenarnya inilah yang dicari saya selama ini. Panduan step by step nya sangatlah mudah.
SHAHRUL
Membantu sangat cikgu..Selalunya dekat copy writing sell tersekat., Lepas ikut struktur yg cikgu bagi tu, mudah..and sy ajar agent lain pun, mereka mudah ikut.. And mereka boleh buat copy writing sender..Hebattt
*Support group dilakukan dalam telegram. Dalam group ini anda boleh bertanya dan juga boleh mohon review ayat iklan yang anda buat. Ia sangat membantu kalau anda sangat perlukan bimbingan untuk buat ayat iklan.